Permohonan Kad Pengenalan Jabatan Kakitangan Di Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Syarat-syarat permohonan:
- Permohonan hanya kepada pegawai/ kakitangan yang berkhidmat di:
- Jabatan/ Bahagian/ Seksyen / Unit di Kompleks Ibu Pejabat Kerajaan Negeri Selangor sahaja.
- Agensi Kerajaan di Kompleks Ibu Pejabat Kerajaan Negeri Selangor sahaja.
- Pejabat EXCO di Kompleks Ibu Pejabat Kerajaan Negeri Selangor sahaja.
- Pegawai/ kakitangan bertanggungjawab untuk sentiasa memakai Kad Pengenalan Jabatan sepanjang berada di dalam kawasan Kompleks Ibu Pejabat Kerajaan Negeri Selangor.
- Pegawai/ Kakitangan/ SAJ bertanggungjawab mengembalikan KPJ/ memaklumkan ke Unit Pentadbiran sekiranya Pegawai/ Kakitangan ditukarkan daripada Jabatannya atau keluar daripada Kompleks Ibu Pejabat Kerajaan Negeri Selangor serta berlaku kehilangan Kad Pengenalan Jabatan.
- Bayaran RM30.00 akan dikenakan terhadap permohonan Kad Pengenalan Jabatan gantian (hilang) disebabkan kecuaian/kehilangan.
- Gantian Kad Pengenalan Jabatan yang baru adalah dibenarkan sekiranya berlaku kerosakan (patah/lusuh/cip tidak berfungsi/gambar asal hilang).
- Selepas membuat permohonan, pemohon perlu menyemak status permohonan dari masa ke semasa dan pemohon perlu mengambil Kad Pengenalan Jabatan yang telah diluluskan dalam masa 2 hari bekerja di Unit Pentadbiran.


